Cara Atasi Gout

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis radang sendi atau arthritis yang terjadi apabila terdapat pengumpulan urik asid berlebihan di dalam sendi kita. Sendi utama yang paling kerap diserang adalah ibu jari kaki. Antara simptom serangan gout ialah sendi terlibat akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Malah, geseran yang sedikit di sendi yang mengalami keradangan pun akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.

Serangan radang sendi ini selalunya terjadi apabila pesakit mengambil makanan yang mempunyai kadar purine yang tinggi seperti daging, udang, ikan bilis, kekacang dan ikan sardin. Purine yang dimakan inilah yang akan dicernakan kepada asid urik.

Kesakitan akibat serangan gout akut ini mencapai tahap maksima pada 48 jam yang pertama. Ia akan berkurangan sedikit demi sedikit dan kebiasaannya akan pulih sepenuhnya menjelang hari yang ke-14.

Gout adalah radang sendi yang boleh dipulihkan dengan pengambilan ubat yang betul dan penjagaan makanan rendah purine dengan penuh disiplin.

Bagaimana gout boleh berlaku?

Terdapat ramai orang yang tidak menyedari mereka mempunyai kandungan asid urik yang tinggi akibat tabiat pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang kurang sihat sehinggalah mereka mengalami serangan akut gout akibat mengambil makanan yang mempunyai kadar purine yang tinggi.

Terdapat dua keadaan dimana pengumpulan asid urik di dalam sendi terjadi iaitu apabila penghasilan asid urik berlaku secara berlebihan atau pembuangan asid urik melalui air kencing berkurangan.

Golongan yang lebih berisiko mendapat gout ialah mereka yang obes, pesakit darah tinggi, kencing manis serta pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang.

Pengumpulan asid urik di dalah sendi boleh menyebabkan radang sendi dan sekiranya ia tidak terkawal dan dibiarkan berlarutan kerosakan sendi boleh berlaku. Selain daripada sendi, asid urik ini boleh membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’ dan berkumpul di bawah kulit, di dalam otot, tendon serta saraf. Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh membawa kepada kerosakan otot, saraf dan tendon berkenaan.

Bagaimana diagnosa gout dibuat?

Doktor akan membuat diagnosis gout berdasarkan kriteria tertentu. Ia memerlukan 2 kriteria daripada 4 yang tersenarai dibawah:

  1. Sejarah serangan sendi sekurang-kurangnya 2 kali, dimana radang sendi tersebut pulih dalam masa 2 minggu.
  2. Sejarah serangan terhadap sendi ibu jari kaki yang disebut podagra (1st Metatarsal)
  3. Adanya benjolan di bawah kulit yang dipanggil tophus/tophi
  4. Tindak balas yang baik dengan pengambilan colchicine dalam masa 48 jam.

Bagi kes-kes dimana kristal yang dipanggil Monosodium Urate Crystal (MSU) di dalam bendalir sendi (synovial fluid) kelihatan dibawah ‘polarised electron microscopy‘ maka ia sudah mencukupi untuk membuat diagnosa akut gout.

Bagaimana gout dirawat?

Ada 2 matlamat penting dalam merawat pesakit gout:

  1. Mengurangkan tahap keradangan dan sakit dengan ubat-ubatan
  2. Menurunkan tahap urik asid di dalam badan agar tiada lagi serangan sendi akan berlaku. Ini juga akan menyebabkan tiada pembentukan tophi yang baru serta pengurangan tophi yang lama. Tophi boleh hilang sekiranya ianya tidak terlalu keras.
  3. Mengelakkan serangan gout berulang dengan menjaga pemakanan iaitu dengan mengurangkan kandungan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.

Apakah target urik asid yang diperlukan?

Kita perlulah mempunyai matlamat yang jenis yang ingin dicapai bagi kandungan asid urik dalam darah kita. Kandungan yang perlu dicapai adalah seperti berikut:

  1. Gouty arthritis: Asik Urik <360 micromol/L
  2. Chronic tophaceous gout: Asid Urik <300 micromol/L

Mengelakkan serangan gout

Antara cara yang paling berkesan bagi mengelakkan gout ialah dengan menjaga pemakanan anda. Anda perlu mengelakkan makanan yang kaya dengan kandungan purine.

Antara makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi termasuk:-

  1. Ikan – bilis, sardin, salmon
  2. Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab, khinzir
  3. Ibu roti (yeast)
  4. Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
  5. Kerang, kepah, ketam, udang galah
  6. Kekacang – kacang panjang, kacang pea
  7. Sayuran – bayam, cauliflower, asparagus
  8. Cendawan
  9. Minuman beralkohol

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Malangnya, ia perlu dicuba secara ‘try and error’ (cuba jaya). Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu sehinggalah mereka terkena serangan gout ini setelah makan makanan tersebut.

Untuk merawat secara bahan semulajadi boleh cuba ikhtiar dengan Jus Berkah kerana bahan didalamnya terbukti kajian saintifik membantu menurunkan bacaan asid urik dan menghalang pembentukan kristal. Maklumat lanjut boleh klik link –> www.jusberkah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top