Sendi Terkumpul Asid Urik Tophi

Tophi adalah benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit mengandungi asid urik, lantas menjadi komplikasi fizikal yang sering dialami penghidap penyakit gout.

Gout terjadi berikutan asid urik berlebihan terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak.

Asid urik pula bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein dipanggil purin yang secara normalnya dibuang melalui air kencing.

Berbeza situasi dengan pesakit gout, apabila badan mereka hilang keupayaan membuang asid berlebihan ini, bahan kumuhan kemudiannya terkumpul di sendi dan membentuk hablur asid.

Individu mempunyai bacaan tinggi asid urik di dalam tubuh berisiko menghidapi masalah gout.

Menyebut mengenai asid urik, ada dua situasi berbeza. Tidak dinafikan penyakit gout berkait rapat dengan kandungan asid urik berlebihan, namun ia didiagnosis bersama bengkak di bahagian sendi.

Satu keadaan lain pula mengenai kandungan asid urik tinggi dalam tubuh tetapi tidak mengalami radang di bahagian sendi, bukannya masalah gout.

Bacaan normal asid urik di dalam tubuh manusia kurang 360 micromoles seliter (mcmol/L) bagi wanita manakala lelaki dan wanita menopaus pula bacaannya bawah 420 mcmol/L.

Bacaan asid urik bagi pesakit gout selalunya melebihi 540 mcmol/L. Selalunya penyakit ini menyerang bahagian sendi kaki, terutama ibu jari dan bahagian sebelah badan saja, bukan kedua-dua kaki.

Apabila kandungan asid urik terlalu tinggi, ia membentuk hablur di bahagian sendi, kemudian membengkak dan berasa sangat sakit.

Rasa sakit berlangsung selama dua hingga tiga hari dan boleh berlanjutan hingga tiga minggu bagi pesakit gout kronik.

Penyakit ini sering menyerang golongan lelaki berusia 30 hingga 60 tahun, jarang sekali menyerang wanita kecuali mereka yang menopaus dan berusia lebih 80 tahun.

60% individu kali pertama diserang penyakit gout berdepan kemungkinan serangan kedua dalam tahun sama.

Pesakit dewasa perlu menjalani ujian saringan asid urik bagi mengetahui kandungan asid dalam tubuh dan pemantauan akan dilakukan bagi memastikan tiada risiko penyakit lain.

Masalah asid urik tidak normal boleh disalah faham terhadap isu kesihatan lain termasuk jangkitan pada sendi yang sememangnya bukan gout.

Selain itu, gout juga boleh mendatangkan risiko penyakit lain seperti kencing manis, kegemukan serta batu karang di saluran kencing.

Antara komplikasi lain adalah gangguan sendi apabila timbul benjolan ‘tophi’ di bahagian sendi menyukarkan pesakit melakukan pergerakan normal.

Rawatan penyakit gout terbahagi dua iaitu akut dan kronik.

Untuk rawatan akut (semasa), pesakit selalunya diberi ubat tahan sakit dan antiradang

Penghidap kronik bagi serangan gout yang berlaku kira-kira tiga kali setahun pula diberi ubatan untuk menurunkan aras asid urik seperti allopurinol dan probenecid.

Penyakit gout boleh berlaku atas beberapa faktor seperti genetik, pemakanan yang merangkumi alkohol, tinggi diet purin (terutama organ dalaman) dan mereka yang menjalani rawatan kemoterapi (kesan reaksi ubatan).

Pesakit gout harus menitikberatkan elemen pemakanan seimbang dan mengelakkan diet purin tinggi yang sememangnya meningkatkan lagi aras asid urik di dalam tubuh.

Pesakit yang mengamalkan rutin senaman dapat membantu mengurangkan risiko gout yang mengakibatkan masalah obesiti dan tekanan darah tinggi.

Untuk rawat secara semulajadi untuk turunkan asid urik, menghalang pembentukan kristal dan mengurangkan pengeluaran asid urik boleh la amalkan Jus Berkah. Klik sini untuk info –> www.jusberkah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top